Objektif

Pernyataan Masalah

Didalam tajuk 4 dan 5 ini pelajar sering menghadapi masalah tentang menentukan arah daya magnet (F), arah arus elektrik (I), arah medan magnet (B) dan arah halaju cas (v) (Tajuk 5 sahaja) yang berada didalam medan magnet seragam. Pelajar tidak boleh memberi maksud soalan dan  tidak dapat menyenaraikan maklumat yang diberi dalam soalan. Sekiranya pelajar tidak memahami dan tidak boleh melukis dalam bentuk ilustrasi, bermakna pelajar tidak mendapat gambaran didalam fikiran untuk mereka mengumpul semua maklumat dan digunakan didalam menyelesaikan masalah yang diberi.

Menggunakan Teknik MID-HR ini pelajar bukan sahaja dapat memahami arah-arah vektor tersebut dengan mudah, malah dapat mengetahui dan memahami arah vektor-vektor ini dengan cepat, seterusnya dapat menambah dan mengukuhkan pemahaman pelajar didalam tajuk 4 dan 5 ini.



Objektif

1) Pelajar dapat menentukan arah daya (F), arus (I), medan magnet (B) dan arah halaju (v) dengan         pantas.

2) Pelajar dapat menentukan arah kuantiti fizik semua vektor didalam Fleming's Rule secara                    serentak daripada Tajuk 4 (Magnetism) dengan Tajuk 4 (Magnetism) dan Tajuk 4                                  (Magnetism) dengan Tajuk 5 (Electromagnetic Induction).

3) Dapat menguraikan masalah pelajar untuk menggunakan teknik Fleming's Rule, kerana perlu              meletakkan tiga jari (jari ibu, jari telunjuk dan jari tengah) berserenjang (90 darjah) diantara satu          sama lain, sebaliknya didalam teknik MID-HR jari tidak perlu digunakan, hanya menggunakan              tapak tangan.









No comments:

Post a Comment