Abstrak


ABSTRAK


MID-HR

Oleh

ADIB BIN ALI, SAHARUDIN BIN SHARRIF, AZEYATY BINTI CHE AJID 

Februari 2019

Di dalam bab Magnetism (Chapter 4) dan Electromagnatic Induction (Chapter 5) terdiri daripada 2 hukum yang digunakan iaitu Faraday's Law dan Lenz's Law. Kedua-dua hukum ini selalu digunakan dan perlu difahami oleh pelajar jika mereka mahu tajuk ini benar-benar dapat difahami dan digunakan untuk aplikasi dan menjawab soalan. Pelajar selalu tidak dapat membayangkan apa yang dimaksudkan dengan daya magnet (F), medan magnet (B), arus elektrik (I) dan halaju atau pergerakan (v). Oleh yang demikian amat sukar bagi pelajar untuk memahami apakah yang dinyatakan didalam satu-satu nota mahupun soalan yang mereka rujuk dan buat. Bab ini adalah sukar untuk difahami, ramai pelajar menghadapi masalah didalam menjawab soalan PSPM Semester II pada setiap sesi pengajian, buktinya adalah daripada analisis post mortem yang dibuat dan dikeluarkan oleh BMKPM pada setiap sesi. Pelajar perlu tahu dimanakah arah-arah vektor didalam medan magnet yang diberikan untuk pelajar seterusnya menyelesaikan masalah yang diberi didalam soalan atau pernyataan yang diberi. Dalam menyelesaikan arah-arah daya yang terlibat didalam kedua-dua tajuk tersebut, dua set peraturan yang ada untuk digunakan untuk pelajar, Fleming's Left Hand Rule dan Fleming's Right Hand Rule, kedua-dua peraturan ini pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu untuk penentuan vektor-vektor bagi konduktor dan cas elektrik didalam medan magnet. Apa yang hendak diperkenalkan didalam PdP Inovatif pada kali ini ialah gabungan diantara Fleming's Rules dan Right Hand Rules. Kedua-dua peraturan ini digabungkan dan dinamakan MiD-HR sepertimana tajuk yang dicadangkan didalam inovasi kali ini. Peraturan ini diadaptasi dan digabungkan menjadi satu sahaja, maklumat vektor semuanya akan diperkenalkan dan akan diberi penerangan didalam cara pelaksanaannya nanti.














No comments:

Post a Comment